Thursday 27 December 2012

BUAT TATAPAN BANGSAKU MELAYU


BUAT TATAPAN BANGSAKU MELAYU
MELAYU! Buat tatapan bangsaku. Khas kepada anak muda, Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca blog ini. Saya harap apa yang akan d sampaikan nanti dapat memberikan  anda sedikit kesedaran dan motivasi diri, semoga kita di beri hidayah.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia…
Bismillahirramannirrahim..
Sampai bila harus berdiam diri melihat bangsa melayu yang kian me…LAYU? Pernahkah anda terfikir bagaimana nasib melayu di singapura yang kini berpijak di tanah sendiri jadi milik orang lain dan bagaimanakah tanah itu jatuh ke tangan bangsa lain. Orang melayu di singapura hilang kedudukan malahan di tindas oleh kerajaan mereka. Jikas dibandingkan dengan orang melayu dan bumipetera memang terlalu jauh perbezaannya. Di Malaysia hidup orang melayu jauh lebih selesa daripada singapura. Di singapura mereka terpaksa bersaing untuk mendapat tempat dalam kehidupan mereka demi mencari sesuap nasi. Betapa susahnya kehidupan mereka di bumi singa itu oleh kerana pemerintahan di miliki oleh orang lain. Kita di Malaysia amat bersyukur kerana ada pemimpin kita dari kalangan orang melayu yang masih kuat bertahan mempertahankan hak orang melayu.
                Mengapa kita tidak mahu melihat cara hidup orang cina? Mereka jauh lebih maju daripada kita orang melayu ini. Mengapa tidak mahu mengambil sedikit masa sahaja untuk merenung sejenak di manakah kita orang melayu sekarang? Apakah kita telah ke hadapan ataupun kebelakang? Masa yang ada hanya digunakan untuk Malayan laman social sahaja seperti lam “facebook” yang kini semakin popilar dalam kalangan remaja zaman sekarang. Tidak kah masa yang ada itu amat berguna untuk kita menilai sejauh manakah kemajuan kita ini dari orang cina. Saya ingin menkankan secara umum disini bahawa secara keseluruhannya ekonomi Malaysia dari dahulu lagi telah didominasi oleh orang cina. Dari dulu lagi orang cina memang telah sinonim dengan bidang perniagaan sejak dari zaman kesultanan melayu Melaka lagi sudah ramai pedagang yang datang dari china untuk berniaga. Mereka diakui sebagai orang yang rajin dan kuat bekerja. Sehingga kini kita dapat melihat dalam banyak-banyak tempat seperti kedai-kedai runcit, pusat beli belah terbesar. Hotel-hotel dan sebagainya semua di miliki oleh golongan cina dan orang melayu hanya sebagai pekerjanya dan diberi tempat dalam pemasaran juga. Melayu hanya suka makan gaji sahaja ke?
                Melayu…apa yang meraka boleh buat nanti bila cina semakin berkuasa terhadap ekonomi Negara kita, apakah kita punya hak? Cina hanya menunggu masa sahaja sampai saatnya nanti kerajaan orang melayu yang  memerintahnya tumbang kerana hilang sokongan dari rakyat maka cina akan bertindak merampas kuasa dan mengambila alaih pemerintahan terhadap Negara ini. Apabila pemerintahan telah dipegang oleh mereka berkemungkinan mereka akan menggubal rang undang-undang baru yang tidak akan memihak kepada melayu sehingga menghapusakan semua undang-undang lama . Dalam perkara 153 telah termaktub bahawa keistimewaan orang melayu dan bumiputera sabah Sarawak tidak boleh dipertikai, namun apabila cina sudah berkuasa maka undang-undang tiada lagi untuk kita. Mereka akan lebih kuat daripada kita kerana segalanya mereka telah miliki terutamanya ekonomi kita. Mana tidaknya selama ini hanya mereka yang bekerja kuat dan penyumbang terbesar kepada hasil negar ini melalui pungutan cukai dari syarikat perniagaan mereka oleh kerajaan. Tidak mustahil  mereka ingin bangkit menentang dan menuntut hak mereka itu. Kalau tidak dari cina mana melayu nak dapat duit? Mana kerajaan mampu nak bayar gaji penjawat awan jika kutipan cukai tidak memberansangkan. Harus kita pendapatan Negara adalah berpunca daripada kegiatan ekonomi dalam Negara kita.  
                Pernah pada suatu masa saya berbincang mengenai hal ini dengan rakan saya, namun orang sekeliling saya hanya berdiam diri sahaja tanpa menghirau dan menyambung percakapan saya. Betapa sedihnya melihat  mereka tidak mahu ambil serius terhadap kepentingan orang melayu. Mereka seolah-olah tidak mahu membela nasib bangsa sendiri. Saya tahu hal ini amat rumit untuk diperkatakan dan kemungkinan ada dari sebelah pihak akan menganggap perkara ini terlalu prejudis terhadap Negara sendiri. Memang susah nak jadi senang dan tidak susah untuk menjadi susah, memang tidak semudah yang kita sangkakan sebenarnya. Mengapa kita tidak berasa bimbang akan hal seperti ini? 
                Saya sendiri mengaku yang saya masih tiada kekuatan dan keberanian untuk mengajukan perkara ini kepada umum sekiranya saya tidak mendapat sokongan dari semua pihak dan anda semua. Bagaikan rumah yang tidak bertiang jadinya, kalau tidak bertiang mana rumah boleh berdiri begitu saja.
                Apakah kita akan terus berdiam diri melihat bangsa lain maju di tanah ini sedangkan mereka dahulunya hanya pendatang yang miskin tanpa membawa sedikit harta pun dari tempat asal mereka. Namun mereka bersatu dan rajin sedikit demi sedikit mengatur langkah kehadapan untuk menjadikan mereka mampu hidup di bumi ini dan hari ini kita lihat mereka sudah bersenang-lenang dengan kekayaan hasil usaha  nenek moyang mereka dahulu. Jadi, mengapa kita sendiri yang pada asalnya memiliki tanah ini tidak mampu memajukan bangsa kita? Tanah ini maju kerana wujudnya bangsa cina di bumi ini! Apakah kita tidak terasa hati? Tanah ini telah dipenuhi dengan bangunan besar yang majoritinya dimiliki cina dan selebihnya milik kerajaan. Orang melayu memang rajin bekerja tetapi mereka juga rajin menjual duit sini-sana. Duit yang ada hasil titik peluh bekerja tidak dimanfaatkan untuk sesuatu yang dapat memajukan diri dan bangsa mereka kehadapan dalam bidang ekonomi malah digunakan untuk bersoronok dan bersuka-ria sahaja.  Alangkah baik duit itu dilabur untuk membuka sebuah perniagaan yang kecil-kecilan dahulu? Daripada pergi melepak dekat kedai snuker, menari di pub, berkaraoke dan sebagainya, itu hanya membuang masa. Apa salahnya kita memulakan suatu perniagaan dengan duit yang kita dapat, perniagaan mestilah bermuala dari kecil-kecilan kemudian barulah besar-besaran bila dah untung dan maju.  Orang cina ada kata bahawa kerja makan gaji tidak untung daripada bekerja sendiri..
                Bangkitlah wahai bangsaku! Apakah sudah ada hadiah dan bekalan yang cukup kepada generasi yang akan datang? Kebebasan dan keseronokkan yang ada pada hari ini boleh hilang begitu saja oleh kerana sikap tidak ambil tahu kita terhadap bangsa sendiri. Mahukah kamu bumi kita ini di jajah oleh orang lain seperti di Singapura suatu masa dulu. Rata-rata penduduk singapura kini adalah orang cina dan singapura kini dimiliki cina. Melayu hilang hak ditanah sendiri! Mengapakah dan apakah kita sudah lupa? Ingatkah kita kepada Mahathir pada masa dia meletakkan jawatan beliau masih menyebut dan menyuarakan kebimbangan terhadap orang melayu. Beliau sangat bimbang dengan orang melayu. Namun orang melayu tidak mengerti maksud Mahathir mengapa dan kenapa beliau risau sangat. “melayu mudah lupa” itulah kata-kata terakhir Mahathir sebagai Perdana menteri Malaysia. Sedarkah bumi kita kita ini ibarat telur dihujung tanduk hanya menunggu masa untuk jatuh saja apabila kita mealyu ini kian Me….LAYU!
BANGKITLAH BANGSA KU DEMI TANAH INI!