Sunday 4 December 2011

Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin mngucapkn selamat datang ke blog kampung Pusa.

Pusa mrupakan daerah kecil yg berada di bahagian Betong sarawak yang terkenal dengan ikan teruboknya. kampung pusa merupakan tumpuan penduduk dari kawasan saribas bersosioekonomi seperti dari kampung beladin, supa, medang, tambak, tuie, dan kampung serabang. kerana ekonomi yang pesat pusa terus dikunjungi oleh pendatang2 dari luar untuk bersaing dalam ekonomi. Dasar kerajaan telah mngubah status penduduk dari taraf rendah kepada taraf yang membanggakan seperti pluang pekerjaan, bantuan rumah, dan lain2. Ladang sawit di Pusa merupakan ladang yang terbesar di negeri Sarawak dan terbesar di Malaysia, kita dapat melihat betapa luasnya ladang di Pusa ketika melalui jalan raya utama pusa dari simpang ke pekan dan kita dapat perhatikan di setiap pelosok kawasan pusa di tanam sawit. Penanaman sawit yang dimajukan oleh kerajaan telah memberi inspirasi kepada penduduk tempatan pusa menjadi yang pertama mengusaha sawitnya sendiri terutama yang ada tanah, ramai yang berebut2 menanam sawit kerana hasilnya yang lumayan. Penduduk tempatan juga turut mendapat tempat dalam pekerjaan ladang sawit, ada yang jadi mandor, staff, pekerja ladang dan sebagainya. Selain itu, Pusa giat memajukan pembinaan Rumah untuk menjadi tempat pengumpulan sarang burung walid kerana populariti burung itu yang banyak di pusa..

No comments: