Sunday 4 December 2011

Salasilah Penduduk Pusa
Penduduk Pusa terdiri dari kaum melayu dan cina...
Masyarakat Melayu merupakan 80% daripada keseluruhan populasi masyarakat di Pusa. Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan. Pada masa sekarang, ramai masyarakat Melayu sudah berpindah ke bandar di mana mereka telah melibatkan diri dalam pelbagai profesion sama ada di sektor awam atau swasta.
Kebanyakan rumah di perkampungan Melayu Pusa diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya masih terletak di tepi sungai yang jauh daripada bandar.
Masyarakat Melayu Pusa adalah beragama Islam di mana Islam telah dibawa ke Asia sejak 1000 tahun dahulu. Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Pusa terutama aspek kebudayaan dan kesenian, namun maseh terdapat sedikit pengruh hindu dalam kbudayaan melayu di pusa seperti percaya kepada wujudnya orang bunian, memakai azimat, dan sebagainya. Bagi aspek pembinaan, kebanyakan rumah atau bangunan mempunyai simbol atau ciri-ciri keislaman. Begitu juga dengan adat resam perkahwinan yang sememangnya berlandaskan Islam.
Kemudian masyarakat cina pula adalah kaum kedua di pusa hanya sedikit shaja yang kenbanyakkannya menguasai ekonomi di pusa. Kaum cina di pusa suka tinggal di pekan bbanding penduduk melayu yang tinggal dikampung. Mereka beragama budha turun temurun dari nenek moyang mereka.

 





No comments: