Thursday, 4 October 2012

KETURUNAN MELAYU SARIBAS DARI SUMATERA & BRUNEI

Dalam blog ni aku nak kongsikan sedikit mengenai asal kedatangan melayu yg tinggal kat Saribas. Hal yang aku rasa sangat menarik untuk di kongsikan ialah tentang orang yang berbangsa AWANG! Ada tak dari kalangan saudara mara kamu, kawan, guru, rakan dan sebagainya yaang nama mereka bermula daripada AWANG? Pernahkah anda mempunyai perasaan teringin untuk mengetahui lebih lanjut tentang salasilah atau rahsia nama mereka itu? Oleh kerana perasaan ingin berkongsi jadi saya ingin ceritakan sedikit sebanyak tentang keturunan ini. Okey, keterangan pertama saya ingin tegaskan kepada anda semua ialah keturunan melayu sarawak sebenarnya berasal dari kepulauan melayu sumatera iaitu sebuah kepulauan sunda besar. Hakikatnya, kebanyakkan orang melayu di Pusa asalnya dari keturunan melayu campur iban. Saya ingin jelaskan bahawa pada masa dahulu orang iban telah berkahwin dengan org melayu di mana pada masa itu orang melayu keseluruhan beragama islam,. Oleh itu, orang iban yang telah berkahwin degan org melayu meninggalkan agama asal dan terus memeluk islam dan secara langsung mengabadikan bangsa melayu dalam hidup nya,  jadi lah orang iban sebagai orang melayu. Kita boleh lihat persamaan orang melayu kita disini dengan orang iban dari aspek budaya, adat, warna kulit, dan bahasa. Persamaan yang jelas seperti apabila seorang lelaki melayu dan seorang lelaki iban duduk sama-sama kita akan lihat kedua-duanya sama dari warna kulit mereka. Ini yang saya nk dedahkan, tetapi ramai yang menafikan kedua-duanya tidak sama. Dari segi bahasa pula persamaan yang jelas terlihat ialah seperti perkataan meno dan menua. kalau melayu mereka sebut 'meno' manakala iban 'menua', namun maksud kedua-duanya sama iaitu tempat, kampung, atau negara. Berbalik pula pada topik asal tetang bangsa Awang tadi, menurut sumber yang telah saya baca sebenarnya keturunan awang berasal dari Brunei. Tapi di dearah saribas asal usul org melayu adalah dari Pagar royong sumatera indonesia...iaitu dari kerabat keturunan sultan pagar royong iaitu dari Bendahara Harun.....Datu Godam...Mengikut cerita dari org tua...Datu Godam ini adalah pelayar. Dalam pelayaran menetap dan singah di muara sungai saribas.
Di muara sungai saribas ini sudah di diami oleh sekumpulan org melayu yang berhijah dari Brunei. Nama nya datu temenggong kadir.(org kanan sultan brunei) temenggong kadir ini lari dari istana sultan brunei kerana tak rela anak nya menjadi gundik sultan brunei. Nama anaknya dayang chee..
Untuk menyelamatkan anak nya temenggong kadir minta bantuan datu Gadom..( datu Gadom ini pernah di ceritakan didlm sejarah brunei.
selepas berjaya di selamat oleh datu godam ..anak temenggong kadir ..Dyg Chee di kahwinkan dengan datu gadom..
zuriat ini lah yang menurun asal usul melayu di dearah saribas...
makam datu gadom ini ada di kpg pusa di saribas..pernah di baik pulih oleh kerajaan brunei beberapa tahun yang lalu..
sasilah memang ada di simpan oleh individu di daerah ini..ini lah yang membawa gelaran perabangan dan Dayang untuk daerah ini.  



No comments: